sjkcsp.zoom-a.com
[SJK (C) ST.PETER (M) KUDAT]
Alamat: Peti Surat 349, 89057 Kudat Sabah, Tel/Faks : [088-611763],
e-mel : xcc5065@yahoo.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF SOKONGAN | KURIKULUM | KOKURIKULUM | AKTIVITI BERSEJARAH | BUKU PELAWAT | STAF AKADEMIK07 | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | KEPUTUSAN UPSR |


SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
(ENCIK CHONG HING LIONG)


Salam sejahtera dan Salam Perpaduan

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak ahli Lembaga Komiti, barisan guru dan kakitangan serta para murid ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama dalam mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan guru di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan guru di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para murid dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Sekian, terima kasih.




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: